Sunday, 3 July 2011

Maruah Pada zaman sekarang !

aku nak habaq sikit laa kt hampa noh pasai maruah zaman la nie,
semua pompuan ada maruah dan harga diri betoi dak ?
tapi pada zaman sekarang nie payah nk cari pompuan yg baik , dan ada maruah ,
dulu senang laa nk cari , tapi sekarang memang payah! kalau ada pon blom tentu baik akhlak dya ,
dan kalau tak tau seseorang tuh ada maruah ka dak , jngan pakai tuduh jaa,
Cermin Diri tuh dulu , sebelum nak teguq orang . kalau hang ada maruah jaga elok2 ,
takpayah dok nasihat kt orang , hidop aku agak sosial aku mengaku ! aku jahat !
tapi aku bertekad nak berubah satu hari nanti !

Rima Fakih-seorang model 
beragama islam , mengadaikan maruahnya untok 
memperagakan pakaian yg tidak dibenarkan dlm islam.

Pekara yg buleh menjatuhkan maruah wanita pada zaman sekarang :-
1.Bersentuhan dengan lelaki 
2.Berciuman dengan lelaki. 
3.Diraba dengan rela.
4.Melakukan persetubuhan .
5.Mendedahkan aurat .
6.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan .
7.Percintaan kaum sejenis .


KEPADA YANG BERTUDUNG ,
Saya mentafsir apakah hamba kepada cinta ini. Ianya adalah apabila wanita itu sanggup menggadaikan maruah diri dan nilai-nilai islam dalam dirinya demi cinta kepada lelaki. Cuba kita lihat, berapa ramai wanita bertudung apabila berjalan dengan kekasih mereka, mereka tanpa segan silu berpegangan tangan, berpeluk-peluk ketika bergambar. Cukup memalukan kerana mereka  bertudung dan pastinya mereka Islam! Apa penyelesaiannya? Buka tudung? Tidak! Tetapi anda yang bertudung ini perlu mengekalkan tudung anda dan berusaha menjaga nilai Islam dalam diri anda kerana apa sahaja yang anda buat, ia melambangkan agama Islam.

” Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan -perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).” [ An-Nur 24: 26]

SEMUA PEKARA YG BERIKUT ADALAH BENAR.



No comments:

Post a Comment